
Di dalam dunia yang penuh cabaran dan dugaan, nun jauh ke utara lautan wujudnya sebuah pulau yang misteri dari dunia luar. Pulau ini dipanggil Alabasta. Kerabat diraja Alabasta mumpunyai sesuatu yang berharga yang diwarisi sejak turun temurun. Ia juga merupakan simbol dan juga lambang yang menunjukkan mereka adalah waris sebenar kerajaan Alabasta. Ia menjadi lagenda bagi dunia luar kerana sehingga kini tiada siapa yang tahu akan kewujudannya dan bagi mereka yang tahu tiada siapa yang pernah melihatnya.
Mereka percaya barang lagenda ini adalah pemberian dari tuhan pemusnah dari Greek – Baptisan dari Pluto. Barang lagenda ini dikenali sebagai Pluton. Ia mempunyai kuasa yang tiada batasan dan tidak terlawan. Barang siapa yang boleh baca transkrip rahsia yang berselerak di dunia ini akan mampu membina sebuah kapal perang yang terbesar yang mana mampu mengawal dan memerintah seluruh dunia dan juga alam semesta.
Buat masa ini tiada siapa yang berjaya membinanya. Ada yang berpendapat berbeza seperti ahli sihir Medea. Dia selalu bercerita tentang lagenda Pluton dimana dia berpendapat ia perlu dihapuskan dari jatuh ketangan yang salah. Selain ini dia berpendapat selain dari kuasa tiada batasan dan tidak terlawan ia jugan mempunyai tenaga buruk dan jahat. Membuka lagenda Pluton akan menyebabkan perubahan dan kekeliruan ruang dan masa dan kemusnahan bumi tetapi tiada sesiapa yang mempercayainya.
Di hari ulang tahun pertabalan ke 24th sebagai raja Alabasta, Cobra telah menyerahkan simbol raja kepada anak perempuan keduanya iaitu puteri Vivi, ini menjadikan Vivi menjadi ratu pertama kerajaan Alabasta. Keputusan itu mengejutkan orang ramai dan membuatkan puteri sulong Alabasta, Pandora kecewa dengan keputusan ini.
Selepas diwariskan Pluton, kehidupan puteri Vivi berubah. Ramai yang tergila-gilakannya tetapi dia meragui sama ada merekeka ini benar-benar menyukainya atau kerana Pluton. Malah Pandora mula melayan Vivi dengan cara yang tak sepatutnya, Vivi mula tertekan malah cita-citanya adalah untuk menjadi penyanyi paling termasyhur didalam industry muzik dan bukannya jadi ratu.

Suatu hari pembantu Vivi dapati Vivi telah hilang! Bukan itu sahaja malah Pluton juga hilang. Pada masa sama puteri Pandora juga hilang dan ini lagi menambahkan lagi kemushkilan seluruh Alabasta. Hidup atau mati hanya bandar Logue mempunyai jawapannya. Pelbagai cabaran dan dugaan perlu di hadapi untuk ke sana. Sudah banyak kapal laut karam dan kapal terbang musnah. Ada juga mitos sejarah yang diuar-uarkan yang sebelum ini ada ketua lanun ytang kuat pengaruhnya merampas kekayaan orang ramai dan berpindah ke bandar Logue. Dia menannak kesemua hartanya tetapi dibunuh secara senyap. Ramai kuncu-kuncu jutawan yang ada cuba keluar mencari hartanya tetapi tiada yang pernah kembali. Mungkin harta di bandar Logue adalah tipu muslihat, tetapi siapa yang tahu? Mereka yang mempunyai kesemua peta laluan boleh ketahui jawapannya.
Adakah klu yang megatakan puteri Vivi berada bandar Logue dari dia sendiri? atau adakah ini perangkap? adakah mungkin ini adalah rancangan puteri Pandora sendiri atau adakah dia sendiri diculik sama? Atau mungkin ini adalah kerja organisasi Baroque? Juga ada yang berkata mungkin ini adalah rancangan raja Alabata sendiri, Cobra dan lagenda Pluton adalah khabar angin. Lebih teruk lagi keaadaan di Alabasta hujan mula berhenti turun. Alabasta kini melalui kemarau yang terbesar pernah terjadi, gunung berapi di sekitar Alabasta juga mula meletup tanpa henti. Adakah ramalan ahli sihir Medea benar seperti yang dikatakan?
Untuk menyelesaikan masalah ini, semua yang ada mula berkumpul dan menuju ke bandar Louge. Raja Cobra juga menjanjikan semua yang menuju ke bandar Logue akan bertanding dalam pertandingan . Mereka yang menjuarai pertandingan ini akan diberi pangkat ‘Raja Pengembara’ dan boleh berkahwin dengan puteri Vivi. Sudah tentu jika puteri Vivi dijumpai.
Sebagai ahli marin, anda menyertai pengembaraan bandar Logue. Pengembaraan yang penuh mencabar, aneh dan tidak diduga sedang menanti anda! Selamatkan puteri Vivid dan ambil ganjaran yang ada, takdir bumi adalah ditangan anda. Hanya kamu yang mampu melakukannya!
|